• Curi Motor Masuk Lori

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    GOMBAK: Angkut motosikal menggunakan lori. Itu yang dilakukan dua penjenayah ketika mencuri jentera mangsa di Jalan SG 1/3, Taman Sri Gombak di sini, Sabtu lalu.

    Sumber polis berkata, pihaknya menerima laporan daripada remaja lelaki berusia 20-an yang memaklumkan Yamaha 125ZR miliknya hilang jam 6.58 pagi.

    “Kami memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran lokasi motosikal itu dilaporkan hilang.

    “Rakaman mendapati motosikal terbabit dilarikan dua lelaki dengan menggunakan lori,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Curi Motor Masuk Lori "