• Chong Puji Inisiatif Kerajaan Negeri Baikpulih Sekolah Luar Bandar

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Inisiatif kerajaan negeri membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur sekolah luar bandar menggunakan dana sendiri mendapat pujian daripada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

    "Sekolah luar bandar kita (Sarawak) amat perlu untuk dibaikpulih dan dinaiktaraf kerana sekolah daif bukan sahaja memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar tetapi mengundang bahaya.

    "Kerajaan negeri melihat keperluan untuk menggunakan duit sendiri bagi membaikpulih sekolah dan ia amat baik," katanya.

    Memetik laporan The Borneo Post, Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menjelaskan, PH dalam manifesto menekankan kepada peruntukan khas daripada kerajaan persekutuan kepada negeri ini untuk tujuan ubahsuai, selenggara dan naiktaraf sekolah luar bandar secara tahunan.

    "Ini bukan sahaja memberi kesan kepada persekitaran pembelajaran tetapi keselamatan mereka. Jangan tunggu hingga bencana tiba sebelum kerajaan negeri dan persekutuan mengambil tindakan," ujarnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Chong Puji Inisiatif Kerajaan Negeri Baikpulih Sekolah Luar Bandar "