• Chong Cuba Politikkan Program Pendidikan - Manyin

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Kritikan dan cadangan daripada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa terhadap usaha Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi merupakan cubaan beliau untuk mempolitikkan pendidikan.

    "Saya tidak mahu pendidikan dipolitikkan, Chong harus tampil dengan cadangan dan bekerjasama dengan kami bagaimana untuk meningkatkan pendidikan Bahasa Inggeris serta isu prestasi di sekolah kita," kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Manyin menyifatkan kenyataan Chong yang menyatakan cadangan kementeriannya agar wakil-wakil rakyat di negeri ini mengangkat satu atau dua sekolah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tidak masuk akal. 

    "Komen beliau yang tidak masuk akal kerana ini hanya pekeliling yang meminta secara sukarela daripada wakil rakyat, bukannya wajib," jelas Manyin yang juga ADUN Tebedu.

    Pada masa yang sama, pujian harus diberikan kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ADUN Ba'Kelalan Baru Bian dan Naib Pengerusi PKR yang juga ADUN Batu Lintang See Chee How yang menyokong cadangan kementeriannya. 

    "Chong sebagai wakil rakyat sebaliknya harus tampil dengan cadangan dan bekerjasama bagi menjayakan usaha kementerian demi masa depan anak Sarawak," tegas beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Chong Cuba Politikkan Program Pendidikan - Manyin "