• China Arah Serah Al-Quran Atau Kena Hukum!

    Published: Saturday, 30 September 2017
    A- A+


    BEIJING – Pihak berkuasa China dilaporkan mengarahkan umat Islam di negara itu untuk menyerahkan sejadah dan salinan Al-Quran milik mereka atau berhadapan dengan hukuman.

    Pegawai wilayah Xinjiang telah memberi amaran kepada minoriti etnik Uighur bahawa mereka mesti serah barang keagamaan atas “hukuman berat” bakal menimpa, dakwa seorang pemimpin etnik itu yang berada dalam buangan.

    “Kami menerima pemberitahuan mengatakan bahawa setiap etnik Uighur mesti menyerahkan barang-barang yang berkaitan dengan Islam dari rumah mereka.

    “Ini termasuk Quran, buku doa dan apa saja yang mengandungi simbol agama,” kata Dilxat Raxit dari Kongres Dunia Uighur kepada Radio Free Asia (RFA), yang dikendalikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

    Arahan itu juga terpakai bagi etnik Kazakh dan Kyrgyz, kata RFA. Arahan berkenaan dikatakan diumum melalui rangkaian sosial WeChat. Bagaimanapun dakwaan terbaharu itu boleh dipertikaikan banyak pihak.

    Ini kerana ia dilaporkan secara luas oleh portal Britain, The Independent.

    Sebelum ini, Amnesty International ketika melaporkan perkembangan mengenai China pada 2016 dan 2017 berkata, kerajaan komunis Beijing “terus melanggar hak kebebasan beragama dan menentang semua perhimpunan agama yang tidak dibenarkan” di wilayah itu serta menahan penulis Uighur.

    Ketegangan antara etnik Uighur dan Han Cina bermula pada tahun 2009 sehingga membawa kepada keganasan yang menyebabkan banyak kematian.

    Beratus-ratus orang meninggal dunia dalam konflik yang berlarutan antara pemisah dan pemerintah China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur.

    Beijing meletakan punca masalah kepada militan Islam, walaupun organisasi hak asasi mengatakan keganasan adalah reaksi terhadap dasar China yang menindas.

    Pemberontak mendakwa rantau itu telah diduduki secara haram oleh kerajaan komunis China sejak tahun 1949.-AGENSI/MYNEWSHUB

    Subjects:

  • No Comment to " China Arah Serah Al-Quran Atau Kena Hukum! "