• CEO Cabul Jururawat Ketika Dirawat

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditahan polis jam 9 pagi hari ini kerana mencabul jururawat ketika menerima rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

    Sumber berkata, suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.

    "Suspek berusia 58 tahun dipercayai mencabul jururawat berkenaan ketika menerima rawatan di hospital swasta Jumaat lalu.

    "Polis sudah merampas kamera litar tertutup (cctv) di hospital berkenaan bagi membantu siasatan,"katanya.

    Menurut sumber, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

    Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " CEO Cabul Jururawat Ketika Dirawat "