• Buta Gara-Gara Tatu Sklera

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    MENYESAL dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Pepatah ini sesuai menggambarkan kekesalan yang dialami seorang model dari Kanada selepas kehilangan penglihatan di mata kanannya.

    Catt Gallinger dari Ottawa memberi amaran kepada orang ramai supaya berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang perubahan pada anggota badan untuk meraih populariti.

    Gadis berusia 24 tahun itu mengakui kesal dengan tindakannya membuat tatu pada selaput luar bola matanya (sklera).

    Dakwat ungu mula berkumpul di sekitar korneanya.

    Malah Gallinger turut berkongsi kesan buruk prosedur tersebut di media sosial, lapor The Sun.

    Doktor memberitahu Gallinger bahawa dia mengalami kerosakan kekal pada bahagian mata kanannya itu.

    Gallinger turut dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan di bahagian mata kanannya untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

    Doktor percaya saiz jarum, kedalaman dan jumlah dakwat yang digunakan untuk menghasilkan tatu tersebut menyebabkan Gallinger mengalami simptom awal.

    Mereka bimbang bakteria terperangkap dalam dakwat yang berlebihan telah menjangkiti matanya menerusi peralatan yang tidak disteril dengan betul.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Buta Gara-Gara Tatu Sklera "