• Burung Punca Pesawat Japan Airlines Mendarat Cemas

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+


    TOKYO: Pesawat Japan Airlines yang dalam perjalanan ke New York terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Haneda akibat masalah enjin, menurut Kementerian Pengangkutan lapor agensi berita China Xinhua.

    Sebaik berlepas dari Haneda kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan, anak kapal pesawat Boeing 777 membuat panggilan kepada pengawal lapangan terbang bagi memaklumkan mengenai masalah enjin dan perlu berpatah balik.

    Pesawat yang membawa 250 penumpang itu mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan itu.

    Masalah dipercayai berpunca daripada burung yang masuk ke dalam enjin pesawat.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Burung Punca Pesawat Japan Airlines Mendarat Cemas "