• Bunuh Rakan Baik Lepas Disahkan Hidap Barah Tekak

    Published: Friday, 1 September 2017
    A- A+

    BERHATI-HATI lah anda jika anda merupakan individu yang memperkenalkan rokok kepada rakan anda… Kenapa?

    Baru-baru ini seorang lelaki di India telah disahkan menghidap kanser tekak telah menembak mati rakan sekerjanya, Inayat, kerana telah memperkenalkan rokok kepadanya.

    Mustakeem Ahmad merupakan seorang chef di sebuah restoran di barat Delhi milik abang ipar mangsa, yang juga seorang chef. Mustakeem dikatakan belajar merokok dan menghisap ganja melalui rakannya itu.

    Lelaki berusia 25 tahun itu berang apabila doktor memberitahu bahawa penyakit yang dialaminya itu disebabkan oleh tabiat merokoknya. Beliau kemudian bertindak diluar kawalan dengan dengan menembak rakannya.

    Selepas menjadi perokok tegar, Mustakeem mula merasakan sesuatu yang lain di tekaknya dan telah mengalami jangkitan.

    Keadannya itu telah membuatkan beliau terpaksa berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, barah tekak yang dihidapinya adalah disebabkan tabiat merokok yang berlebihan.

    Bukan itu sahaja, Mustakeem dikatakan sangat membencikan Inayat kerana dia lebih bagus di pejabat. Dia juga pernah cuba untuk membuatkan rakannya itu dipecat namun perbuatan jahatnya itu gagal sama sekali.

    Selepas di siasat oleh pihak polis dia telah mengaku memberli pistol dan berlatih menembak sebelum melakukan pembunuhan itu. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Rakan Baik Lepas Disahkan Hidap Barah Tekak "