• Bunuh Ibu Kerana Anjing

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    GARA-GARA tidak dibenarkan memelihara haiwan kesayangannya, seorang remaja tergamak membunuh ibunya yang sedang tidur di rumah mereka.

    Andrew Wilson didakwa atas kesalahan membunuh dan memiliki senjata api kerana menembak mati ibunya, Lisa Marie Wilson yang berusia 51 tahun.

    Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu selepas dilarang memelihara anjing yang ditemui di rumah bapanya di Danshville.

    Menurut pihak berkuasa, remaja berkenaan menghubungi talian 911 pada keesokan harinya dan melaporkan bahawa dia menemui ibunya yang mati dibunuh.

    Siasatan polis bagaimanapun mendedahkan bahawa tiada sesiapa yang berada di lokasi kejadian selain Andrew dan ibunya.

    Menurut detektif pegawai daerah Ingham, Charles Buckland, suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengambil senjata dari sebuah almari berkunci pada malam berkenaan.

    Senjata .22 Magnum yang dibuang remaja itu bagaimanapun telah dapat ditemui pihak polis.

    Wilson dibawa ke mahkamah dan hakim tidak membenarkan sebarang ikat jamin. Perbicaraan semula ditetapkan pada 28 September depan. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Ibu Kerana Anjing "