• Bukan Sahaja Curi Motosikal Tetapi Turut Miliki Revolver Tiruan

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    MIRI: Seorang lelaki bukan saja ditahan atas kesalahan mencuri motosikal malah lebih menggemparkan apabila polis menemui sepucuk revolver tiruan dipercayai miliknya di sebuah rumah di Kampung Tukau Jaya, di sini, kelmarin.

    Senjata bersama tiga kelongsong peluru itu ditemui disorok di dalam rak pinggan di bahagian dapur rumah berkenaan dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan polis kerana terbabit dalam kejadian mencuri motosikal pada 31 Oktober lalu.

    Menurutnya, polis kemudian ke rumah berkenaan dengan dipandu suspek bagi mencari barang kes, bagaimanapun pemeriksaan menemui senjata berkenaan dipercayai milik lelaki terbabit.

    “Hasil pemeriksaan mendapati revolver berkenaan tiruan menyerupai revolver sebenar. Polis turut menemui televisyen dan komputer riba curi.

    “Polis masih menyiasat sama ada revolver itu digunakan suspek untuk melakukan jenayah selain mencuri motosikal,” katanya.-myMetro
  • No Comment to " Bukan Sahaja Curi Motosikal Tetapi Turut Miliki Revolver Tiruan "