• Budak Terkurung Dalam Kereta

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    MELAKA: Seorang lelaki panik menyedari anaknya berusia lima tahun terkurung dalam kereta di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Tengkera, di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 1.15 pagi, mangsa terperangkap 15 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.

    Sebelum kejadian lelaki berusia 30-an itu berhenti di kedai serbaneka untuk membeli barang dan sejurus kembali semula ke Perodua Myvinya, pintu keretanya gagal dibuka.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Adenan Hassan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan dia dan lima anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi kami mendapati kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta selepas pintu kenderaan terkunci,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Terkurung Dalam Kereta "