• Britain Henti Latih Tentera Myanmar

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    LONDON: Britain menggantung program latihan untuk tentera Myanmar susulan keganasan di Rakhine, kata seorang jurucakap kerajaan hari ini.

    Pemantau hak asasi dan etnik Islam Rohingya yang melarikan diri, berkata tentera dan penganut tegar Buddha melancarkan kempen membakar perkampungan menyasar mengusir penduduk Islam.

    "Berikutan keganasan berterusan di Rakhine, krisis kemanusiaan meningkat akibat daripadanya dan kebimbangan mendalam kami terhadap penderaan hak asasi manusia yang berlaku, kami memutuskan untuk menggantung kursus pendidikan disediakan kepada tentera Burma sehingga ada penyelesaian terhadap situasi sekarang.

    "Kami menggesa Pasukan Bersenjata Burma mengambil langkah segera menghentikan keganasan di Rakhine dan memastikan perlindungan terhadap semua penduduk awam, memberi akses penuh terhadap bantuan kemanusiaan," kata jurucakap kerajaan Britain dalam satu kenyataan. -REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Henti Latih Tentera Myanmar "