• Bomba Jadi 'Hero' Bantu Pelajar Pergi Asrama

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menjadi hero selepas menghantar dua pelajar dua pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Enteban Betong ke asrama sekolah menggunakan bot penyelamat pagi tadi.

    Kedua-dua mereka merupakan murid tahun tiga dan pelajar pra sekolah yang berusia lima tahun.

    Berdasarkan laporan, bantuan bomba terpaksa digunakan disebabkan jalan menuju ke asrama sekolah terbabit ditenggelami air selepas hujan lebat.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan diterima daripada salah seorang guru sekolah berkenaan.

    "Bomba mengambil masa dua jam dengan meredah sungai untuk tiba ke lokasi kejadian sekitar 17km daripada BBP Betong," katanya.

    Sementara itu, sumber memberitahu, kejadian tersebut merupakan kali pertama sekolah terbabit terpaksa menggunakan khidmat khas bomba.

    Operasi menghantar tamat sekitar 1.10 tengah hari tadi. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bomba Jadi 'Hero' Bantu Pelajar Pergi Asrama "