• BN Sarawak Saling Membantu Demi Rakyat

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+
    Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kerjasama parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah utuh dan ia adalah untuk kepentingan rakyat serta meminggirkan kepentingan peribadi.

    Jelaslah apa yang dinyatakan oleh Abang Johari, untuk menjadikan BN kuat, kerjasama erat mesti dipraktik senantiasa agar setiap parti komponen dalam BN Sarawak dapat diterima serta memajukan rakyat dalam pelbagai aspek.

    Itu yang paling utama daripada mendapat balasan atas bantuan sesama parti komponen. Memang langkah tersebut amat berkesan kerana membantu calon pilihanraya untuk menang memerlukan bantuan sesama komponen BN tanpa memerlukan balasan balik.

    Ia merupakan langkah strategik bagi mencapai kemenangan bersama. Jika calon berkenaan menang, maka ia adalah kemenangan bersama dalam BN.

    Andai bantuan tersebut adalah untuk mengharap balasan semata-mata, ia berkemungkinan akan menghadapi kegagalan untuk BN.

    Perkara paling mudah untuk mengekalkan kesepakatan adalah dengan mengadakan perbincangan bersama tanpa membuat kenyataan kepada umum.

    Meja perbincangan lebih tepat untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi agar tidak berlaku pertikaian kerusi mahupun bakal calon yang akan dipilih.

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Saling Membantu Demi Rakyat "