• BN Akan Ditentang PKR & DAP Di Parlimen Miri?

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+

    Keengganan Dr Michael Teo untuk membiarkan kerusi Parlimen Miri diserahkan kepada sekutu lain dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak sudah pasti memeningkan kepala Chong Chieng Jen yang merupakan Pengerusi PH Sarawak.

    Dr Teo yang merupakan penyandang kerusi terbabit mengeluarkan kenyataan untuk tidak membenarkan sekutu lain dalam PH Sarawak bertanding melainkan calon daripada PKR.

    Sudah pasti Chong tidak menduga perkara seperti ini akan berlaku kerana sebagai 'Bos' PH Sarawak sudah pasti beliau mahu setiap keputusan yang dibuat akan didengari sekutu lain.

    Ini disebabkan terdapat khabar angin yang menyatakan DAP Sarawak akan menurunkan Setiausahanya, Alan Ling Kie Kiong sebagai calon

    Jika kata putus gagal dicapai dalam saf PH Sarawak, sudah pasti kerusi Parlimen Miri akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Bagi mewakili BN, terdapat beberapa nama disebut sebagai calon merangkumi Ketua Pemuda SUPP Piasau Eric Chin, Aries Leong dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

    UPP juga disebut-sebut mahu mencadangkan Bruce Chai sebagai calon untuk merampas kerusi Parlimen Miri dari PKR.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Dr Teo menang dengan majoriti 1,992 undi mengalahkan calon BN Datuk Sebastian Ting dan Chong Kon Fatt dari (STAR).-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " BN Akan Ditentang PKR & DAP Di Parlimen Miri? "