• Beli-Belah, Berhenti Lahir Bayi Dan Pulang Ke Rumah

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Satu rakaman mengejutkan menunjukkan bagaimana seorang wanita di China dengan selamba melahirkan bayi di atas jalan.

    Kejadian itu berlaku ketika dia pergi membeli-belah barangan runcit di Yunfu, wilayah Guangdong, China, pada 2 September.

    Sebaik sahaja selesai melahirkan bayinya di atas jalan, wanita itu dapat dilihat membawa pulang anaknya itu, sambil membawa bersama barangan yang dibelinya.

    Rakaman video tersebut menunjukkan saat-saat wanita itu melahirkan bayi sebaik sahaja dia keluar dari pusat beli-belah.

    Dia dapat dilihat membongkok di tengah jalan sambil orang ramai menyaksikan insiden tersebut, menurut news163.com.

    Tidak lama kemudian, seorang bayi dapat dilihat bergerak-gerak di atas jalan.

    Rakaman seterusnya menunjukkan seorang wanita cuba membantu wanita berkenaan.

    Kelihatan sebuah ambulans dan kakitangan perubatan juga menjaga wanita itu, dengan bayinya yang dibungkus dan diletakkan di atas kerusi.

    Tidak lama kemudian, wanita itu bangun dan berlalu pergi dalam keadaan pakaiannya berlumuran darah, membawa bersama bayi dan beg berisi barangan yang dibelinya. -dailymailUK

    Subjects:

  • No Comment to " Beli-Belah, Berhenti Lahir Bayi Dan Pulang Ke Rumah "