• Bekalan Elektrik Solar Beri Keselesaan Kepada Penduduk

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+


    BINTULU: Projek pembekalan elektrik secara sistem solar memberi keselesaan kepada penduduk terutamanya dikawasan-kawasan pendalaman melalui Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) .

    Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi berkata, melalui projek SARES penduduk secara tidak langsung mengubah cara hidup dan memberi keselesaan kepada penduduk kampung terutamanya kepada penduduk rumah panjang sekitar Sebauh khususnya di kawasan Binyo sekaligus membolehkan penduduk di luar bandar menikmati bekalan elektrik 24 jam sementara menunggu tenaga elektrik dijana menerusi sistem grid.

    “Penduduk di Sebauh harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mementingkan keselesaan penduduk dengan memberi kemudahan prasarana serta infrastruktur terbaik,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan projek hak milik solar SARES di Pejabat Daerah Sebauh di sini petang semalam

    Jelasnya, sebanyak 13 rumah panjang di kawasan Binyo terdiri daripada Rumah panjang terlibat ialah Rumah Mekai, Rumah Peter, Rumah Irai, Rumah Binit, Rumah Sigi, Rumah Pantang, Rumah Joseph, Rumah Edau, Rumah Serang, Rumah George, Rumah Bampi dan Rumah Hulu menandatangani perakuan siap kerja serta penyerahan hak milik solar SARES yang akan dikendalikan oleh tuai rumah dan penduduk terlibat.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bekalan Elektrik Solar Beri Keselesaan Kepada Penduduk "