• Batu Penindih Kertas Hermes Berharga AS$840

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    JENAMA fesyen mewah dari Perancis, Hermes mendapat kecaman pelbagai pihak apabila tampil dengan batu penindih kertas yang dijual pada harga AS$840.

    Batu penindih kertas itu didatangkan dengan lilitan kulit yang dicipta menerusi lebihan produk keluaran syarikat tersebut.

    Menurut laman web Hermes, lebihan kulit dari produk mereka kini tidak lagi perlu dibuang, sebaliknya boleh dijadikan sebagai produk jualan dan langkah tersebut ternyata menguntungkan mereka.

    Pembuatan batu penindih Galet ini merupakan sebahagian daripada rangkaian "petit h" Hermes yang menggunakan apa sahaja lebihan material untuk dijadikan sebagai produk sampingan.

    Hermes berkata batu jenis "galet pables" itu sangat unik dan eksklusif buat pemiliknya kerana setiap jenis yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain.

    Seorang penulis blog, Amanda Mull antara yang mengecam tindakan Hermes yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

    "Saya faham harga sangat penting dalam mengekalkan tahap keeksklusifan sesebuah jenama tetapi menjual batu dengan harga hampir AS$1000 tidak masuk akal," katanya.

    Suatu ketika dahulu, jenama Nordstorm turut mendapat kecaman serupa apabila mereka menjual batu yang dililit dengan kulit pada harga AS$85.

    Kali ini, jenama Hermes tampil dengan idea sama tetapi dengan harga yang jauh lebih mahal.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Batu Penindih Kertas Hermes Berharga AS$840 "