• Bapa Durjana Meringkuk 48 Tahun

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA - Meliwat anak perempuannya sehingga terkeluar najis dan ketika menjalankan umrah di Makkah, adalah antara fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, hari ini, terhadap seorang lelaki yang mengaku melakukan perbuatan itu ke atas anak kandungnya.

    Menurut fakta kes, tertuduh turut meliwat anak gadis berusia 15 tahun itu setiap hari sepanjang enam bulan dan hanya berehat dua hari sebelum Ramadan lalu.

    Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan terhadap tertuduh berusia 36 tahun itu selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap mangsa, tahun ini.

    Pada 9 dan 10 Ogos lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

    Bagaimanapun, tertuduh menukar pengakuannya pada 28 Ogos lalu.

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Durjana Meringkuk 48 Tahun "