• Bapa Ditahan Disyaki Rogol Anak 15 Tahun Di Sarikei

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    SARIKEI: Seorang bapa ditahan polis di Hospital Sarikei petang semalam kerana dipercayai merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, suspek yang merupakan buruh kasar berusia 38 tahun ditahan ketika melawat mangsa di wad hospital berkenaan pada jam 4 petang semalam.

    Menurutnya, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga mengadu dirinya sakit perut dan menceritakan dirinya telah dirogol bapa kandungnya di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat dekat sini sejak Julai lalu.

    Jelasnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sarikei pagi ini untuk mendapatkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan polis.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bapa Ditahan Disyaki Rogol Anak 15 Tahun Di Sarikei "