• Bantu Kerajaan Senaraikan Kekayaan Baharu Sektor Pertanian

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Penternak, peladang dan nelayan perlu membantu kerajaan menyenaraikan kekayaan baharu dalam sektor pertanian yang mampu memberi pulangan lumayan.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata usaha itu bagi membolehkan mereka meneroka perniagaan baharu, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih besar.

    "Siapa fikir jagung bijian boleh menjadi permintaan tinggi daripada syarikat pembuat makanan haiwan. Kita hanya mengimport jagung bijian berjumlah 3.2 bilion tan setahun.

    "Contoh ikan patin yang susah untuk dijual, namun kini berjaya dipasarkan dan membina kekayaan kepada pengusahanya," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (KPPNK) 2017, di sini, malam tadi.

    Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

    Beliau berharap konvensyen itu dapat membantu kerajaan membuat dasar dan pendekatan baharu yang tidak terfikir sebelum ini.

    Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan negara terus bergantung kepada sektor pertanian tradisional serta mencari peluang pasaran baharu.

    "Contohnya, kerajaan China membuat pelaburan di Malaysia kerana yakin pelaburan mereka akan dikembalikan.

    "Kerajaan juga sudah menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan China bagi membekalkan nanas segar sebanyak 500 tan. Ia hasil kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu baru-baru," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Bantu Kerajaan Senaraikan Kekayaan Baharu Sektor Pertanian "