• Banjir Di Pulau Pinang, Guan Eng Masih Hendak Temberang

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+
    Foto: Berita Harian
    Banjir dan tanah runtuh yang melanda Pulau Pinang tiga hari lepas adalah salah  Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukan sahaja manusia yang marah dengan Guan Eng, namun alam pun sudah mulai bosan dengan Guan Eng.

    9 April 2012, Timbalan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat banyak keraguan dalam proses kelulusan kepada dua pemaju yang akan membangunkan projek di Lot 14345, Mukim 12, Persiaran Kelicap.

    Projek itu menurut Mohideen telah dilaksanakan di kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Berisiko Bencana, yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau kemerosotan tanah yang serius apabila diganggu oleh aktiviti pembangunan.

    Bukan di Sungai Ara sahaja, lereng lereng bukit di Pulau Pinang habis ditarah dan dikorek oleh kontraktor yang rakus. Kenapa kontraktor itu rakus dan bersikap demikian, kerana mendapat kebenaran dan lesen besar dari “tokong besar” DAP di Pulau Pinang.

    Lima tahun lepas lagi, SAM sudah bercakap tentang risiko bencana di Sungai Ara. Namun apa yang Guan Eng buat? Dia buat bodoh sahaja, tidak pedulikan langsung pandangan SAM dan projek diteruskan juga oleh DAP di lereng lereng bukit. Tanah dan lereng bukit digadai Guan Eng kepada kontraktor kontraktor besar.

    Padahnya berlaku tiga hari lepas, seorang wanita turut lemas selepas dihanyutkan arus banjir di Jalan Paya Terubong. Banjir terburuk melanda Pulau Pinang. 600 orang dipindahkan dan banjir yang terburuk di Pulau Pinang.

    Namun pada ketika rakyat bergelut dilanda musibah banjir, Guan Eng menyatakan kepada China Press pada 15 September, bahawa situasi banjir di Pulau Pinang tidak serius kerana tidak menjejaskan keadaan trafik di Pulau Pinang. Waktu rakyat sedang susah pun, Guan Eng masih hendak temberang lagi.

    Temberang dan beri alasan tidak habis habis. Semalam, dengan muka tidak bersalah Guan Eng mengaku tidak maklum berkenaan kegagalan Kerajaan Negeri DAP, menyalurkan dana kira-kira RM22.09 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan.

    Macam mana boleh terlepas pandang tidak salur dana untuk atasi banjir? Dulu bukan main lagi Guan Eng menyalahkan kerajaan Pusat bila tidak beri dana untuk atasi banjir. Bila sudah ada wang untuk atasi banjir, Guan Eng sendiri tidak salurkan. Ini satu lagi temberang dan kelentong besar “tokong” Guan Eng.

    Pada 15 Disember 2013, Guan Eng dengan angkuh membuat janji akan menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan menguasai Kerajaan Persekutuan. Janji sahaja, buatnya tidak pun. Banjir yang sama masih berlaku dan berulang ulang di Pulau Pinang. Ini bukti Guan Eng cakap temberang.

    Pasal dana atasi banjir, Guan Eng berkata pihaknya tidak maklum berkenaan teguran yang dibuat Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri yang dimuatkan dalam Laporan Audit Pulau Pinang tahun lepas. Tidak maklum, tipulah. Itu hanya temberang Guan Eng sahaja.

    Selepas keadaan jadi teruk begini, barulah Guan Eng kata akan teliti semula lampiran itu untuk kenalpasti teguran terbabit, sekaligus mencari penyelesaian.

    "Saya tak berapa tahu tentang laporan ini (Laporan Audit Pulau Pinang 2016). Saya kena rujuk dengan JPS tetapi semua projek yang kita luluskan (projek tebatan banjir) berjalan di bawah seliaan JPS.

    "JPS ialah agensi di bawah Kerajaan Pusat tetapi kita tetap jalinkan kerjasama. Bagaimanapun, saya kena semak semula sebab tak tau apa perkara sebenar yang timbul," kata Guan Eng di depan wartawan, semalam.

     Masih hendak temberang salahkan kerajaan pusat. Padahal yang salah sebenarnya adalah Guan Eng sendiri. Temberang tidak habis habis.

    Guan Eng tidak ambil peduli tentang kerosakan kenderaan yang dihanyutkan air. Guan Eng tidak endah langsung berkenaan beberapa orang warga tua di sebuah rumah penjagaan yang terpaksa berbaring berendam dalam air banjir selama berjam-jam.

    Guan Eng tidak peduli berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku. Mangsa yang mati lemas akibat banjir pun tidak dilawati Guan Eng. Beruang Biru telah dedahkan sebelum ini tentang dosa dosa besar Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang.

    Baca pautan ini: https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/10-dosa-dosa-guan-eng-yang-rakyat-pulau.html#.Wb8-AsZx3IU

    Guan Eng lebih suka luluskan peruntukan untuk buat Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang harganya terlalu mahal.Projek sama di Kanada, kajian yang sama harganya ialah 61 kali ganda lebih murah dari apa yang dibuat di Pulau Pinang  iaitu RM305 juta.

    Mana lebih penting, projek atas banjir atau buat terowong ? RM305 juta untuk buat terowong tidak pula terlepas pandang, yang RM22.09 juta untuk projek banjir ini boleh pula Guan Eng terlupa. Ini semua temberang Guan Eng sahajalah.

    Semasa banjir, ada seorang pekerja kilang mati lepas selepas jatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah air banjir. Menurut saksi, mangsa Noor Afidah Yajunas, 29, terjatuh daripada motosikal dan terus dihanyutkan arus deras.

    Sehingga hari ini, Guan Eng masih belum turun padang dan melawat keluarga mangsa ataupun memberikan bantuan apa-apa kepada waris terdekat. Sama juga dengan apa yang berlaku terhadap kilang haram di Sungai Lembu. 7 orang muda telah mati kerana kanser akibat kilang haram.

    Baca pautan ini ; https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/ada-untungkah-dap-lindungi-kilang-haram.html#.Wb8_QsZx3IU

    Dalam isu banjir, Guan Eng temberang salahkan JPS. Dalam isu kilang haram, Guan Eng temberang salahkan JAS. Semua orang Guan Eng hendak salahkan. Padahal kedua dua isu ini adalah salah Guan Eng sendiri.

    Guan Eng mana pernah mengaku salah sendiri. Dua kes rasuah yang sudah sampai ke mahkamah pun, Guan Eng masih hendak salahkan orang lain. Inilah perangai sebenar Ketua Menteri DAP yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

    Berilah lagi mandat dan undi yang besar kepada DAP, inilah jadinya. DAP akan jadi makin bongkak, angkuh dan ego kerana mereka menang besar dalam PRU12  dan PRU13 di Pulau Pinang. Kalau rakyat Pulau Pinang beri lagi undi pada DAP pada PRU14, alamatnya tenggelamlah Pulau Pinang dalam banjir.

    Rakyat Pulau Pinang berenang, Guan Eng dan DAP yang senang lenang. Kilang haram makin bertambah, banjir terus berlaku. Guan Eng akan terus temberang untuk cari alasan dan menyalahkan orang lain. Sudah sudah lah beri undi pada DAP. Ini kalilah “kasi tukar” di Pulau Pinang.


    Tulisan:
    Beruang Biru
    BB580, Isnin
    18 September 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Banjir Di Pulau Pinang, Guan Eng Masih Hendak Temberang "