• Bangkai Dugong Ditemukan Di Pulau Sibu

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    MERSING: Seekor bangkai dugong jantan dijumpakan terdampar di Pulau Sibu, dekat sini yang dipercayai mati akibat tersimpul pada jaring nelayan menangkap ikan.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat kesan-kesan lebam di badan dan di sekitar mulut dugong itu.

    “Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku pada tahun 2017. Kejadian seumpama ini boleh menjejaskan usaha-usaha pengwujudan Santuari Dugong Johor.

    “Saya menegaskan agar semua agensi yang telibat mempercepatkan proses pewartaan dan menjalankan penguatkuasaan bagi mengurangkan isu ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Bangkai Dugong Ditemukan Di Pulau Sibu "