• Baling bom petrol ugut pemilik premis hiburan

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Seorang warga Bangladesh cedera selepas terkena bom petrol yang dibaling dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang bekerja di premis pusat hiburan di situ melecur di bahagian tangan dan kepala.


    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal menunjukkan suspek datang menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam.

    “Kita percaya kejadian tidak ada kaitan dengan ancaman pengganas memandangkan pemilik premis tersebut pernah menerima ugutan membabitkan perniagaannya sebelum ini,” katanya ketika ditemui media.

    Tambah Mohd. Zani, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 435 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan khianat dengan api. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Baling bom petrol ugut pemilik premis hiburan "