• Azmin Tidak Perlu Sibuk Hal Sarawak

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+
    Heboh cerita Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pelaburan KWSP sebanyak RM3 bilion di Amerika Syarikat pada ketika ini. Pihak pembangkang cuba mencatur cerita menarik dengan mempolitikkan isu tersebut dan mengharap rakyat akan terpengaruh dan menyokong pembangkang pada Piliharaya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

    Ini termasuk kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang kecoh kononnya untuk menegakkan kepentingan rakyat Sarawak. Logik akal kenapa Azmin perlu sibuk hal Sarawak sedangkan Selangor masih kucar kacir pentadbirannya.

    Azmin tidak peka atau tidak melihat fakta sebenar bagaimana Kerajaan Pusat menyalur peruntukkan pembangunan Sarawak saban tahun. Melalui pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib terbukti Sarawak tetap diberi peruntukkan yang besar selama ini.

    Peruntukkan tersebut adalah untuk melaksanakan pembangunan yang akan memberi faedah kepada rakyat Sarawak walaupun kedudukan penduduk jauh di pendalaman. Malah isu tanah NCR pun Najib ambil peduli dengan memperuntukkan jumlah kewangan yang besar agar pemilik tanah dapat memiliki tanah dengan sah dan tidak memerlukan satu sen untuk kos penyukatan tanah tersebut.

    Apa lagi isu utiliti yang Azmin tidak tahu Sarawak telah mengguna pendekatan yang terbaik agar semua penduduk mendapat bekalan utiliti dengan sempurna. Peruntukkan dari pusat tersebut tidak perlu dibayar balik dan tidak diniagakan.

    Jadi untuk mendapat peruntukkan seterusnya, Najib bijak mencari keuntungan melalui pelaburan ke luar negara seperti Amerika Syarikat. Pelaburan oleh KWSP adalah peluang kerajaan mendapat keuntungan dan keuntungan tersebut akan dinikmati pencarum KWSP termasuk rakyat Sarawak.

    Tidak perlu Azmin sibuk hal Sarawak kerana Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak lebih peka menjana pembangunan yang terbaik untuk Sarawak. Azmin sepatutnya jaga Selangor yang begitu banyak masalah ketika ini kerana rizab Selangor sebanyak RM3 bilion jauh ketinggalan daripada rizab Sarawak yang kini mencecah RM27 bilion. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Azmin Tidak Perlu Sibuk Hal Sarawak "