• Azizulhasni Tinjau Lawan Sebelum Ke Belanda

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Dua siri awal Piala Dunia pada November akan menjadi medan Azizulhasni Awang mengkaji lawan dalam misinya mempertahankan gelaran juara dunia keirin pada Mac tahun depan.

    Azizulhasni penyertaan pada siri Piala Dunia di Poland dan Manchester lebih kepada 'aksi pemanas badan' selepas berehat panjang di pentas antarabangsa.

    "Dua kejohanan itu akan saya gunakan untuk mengkaji dan melihat pelumba lain sebelum mempertahankan gelaran juara keirin dunia di Kejohanan Trek Dunia di Belanda pada Mac tahun depan.

    "Saya tidak akan menyertai baki tiga siri Piala Dunia kerana sudah mempunyai mata yang mencukupi untuk ke Kejohanan Trek Dunia.

    "Jadi saya akan memberi fokus kepada latihan dalam tempoh itu kerana usaha untuk mempertahankan kejuaraan adalah tidak semudah memenanginya," katanya.

    Tiga lagi baki siri Piala Dunia adalah di Kanada dan Chile pada Disember serta Belarus pada Januari tahun depan.

    Azizulhasni menegaskan dia sudah berada di kedudukan teratas apabila muncul juara dunia dan mahu mengekalkan statusnya itu.

    Terdahulu Azizulhasni meluangkan masa untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah petang tadi.

    Ia adalah hasil lelongan sarung tangan yang dipakainya ketika memenangi gangsa keirin di temasya Olimpik Rio dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul pembida tertinggi dengan nilai RM5,000. - BHOnline

    Foto Luqman Hakim Zubir

    Subjects:

  • No Comment to " Azizulhasni Tinjau Lawan Sebelum Ke Belanda "