• Azizulhasni Awang Diserang Di Australia

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang semalam berkongsi video menarik mengenai pengalamannya diserang burung magpie atau murai, sekaligus membuatkan pengikut laman sosial anak kelahiran Dungun, Terengganu itu terhibur dengan insiden tersebut.

    Juara dunia itu memuat naik video lucu memaparkan beliau diserang spesis burung tersebut ketika menjalani latihan di Melbourne, Australia pada Selasa.

    "Hari ini, saya akan membawa anda untuk melihat bagaimana situasi apabila kita diserang oleh magpie,” katanya yang lebih dikenali sebagai Pocket Rocket Man.

    “Sekarang adalah musim magpie bertelur dan mereka akan menjaga wilayahnya, dan biasanya penunggang basikal ataupun mereka yang sedang berjoging akan diserang oleh magpie tersebut,” tambahnya sambil menjelaskan bahawa spesis magpie adalah seperti burung gagak tetapi berbeza sedikit kerana saiznya lebih besar dan mempunyai tompokan berwarna putih pada badan.

    Pelumba basikal negara berusia 29 tahun itu kemudiannya mula mengayuh basikal melalui kawasan yang terletak berhampiran dengan sarang burung tersebut, sebelum kelihatan seekor burung datang menyerangnya.

    “Woosh, shoot! See (tengok),” beliau memberikan reaksi selepas serangan pertama daripada burung tersebut.

    Ketika rakaman video berlangsung, Azizulhasni menunjukkan kepada pengikutnya bagaimana beliau diserang beberapa kali oleh magpie, di samping memberikan penjelasan di sebalik tindakan agresif spesis itu.

    "Burung-burung ini hanya menjadi ibu bapa yang baik, melindungi anak-anak mereka semasa musim bunga. Mereka sebenarnya pelindung,” tulisnya sebagai kapsyen kepada video tersebut.

    Video dimuat naik Azizulhasni sehingga kini mendapat tontonan lebih 10 ribu kali, di mana segelintir daripada pengikutnya secara bergurau menyatakan mereka telah mengetahui rahsia kejayaan pelumba negara itu.

    “Tidak hairanlah anda pantas, anda diserang oleh magpie!,” tulis Aisymarlia.

    “Pengalaman ini pasti akan melatihnya untuk menjadi lebih pantas,” kata Zaki Rocken.

    “Champ (Si juara), sesi latihan tidak akan lengkap tanpa beberapa kabel pada topi keledar anda,” tulis Wong Way bergurau.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Azizulhasni Awang Diserang Di Australia "