• Aziz DAP Jangan Biadap - Lo Khere Chiang

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+








    Kenyataan Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa mendakwa Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menindas penjaja Bidayuh di Pusat Penjaja Komuniti Kampung Bumbok amat lawak dan paling tidak masuk akal.

    Jika penindasan berlaku, kenapa MPP sanggup membelanjakan hampir RM1 juta untuk menaik taraf jalan raya, saliran perparitan dan membina sebuah pusat gerai penjaja baharu dilengkapi parkir dan simpang susur ke Kampung Bumbok.

    Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata, MPP banyak kali mengadakan sesi dialog bersama penjaja di dewan kampung, pusat penjaja baharu dan peringkat majlis.

    Menurutnya, persetujuan bersama dibuat antara kesemua pihak dalam mengenalpasti usaha selanjutnya yang akan diambil untuk meningkatkan lagi keadaan pusat penjaja baharu tersebut bagi memenuhi keperluan dan keselesaan penjaja serta pelanggan.

    "Ini termasuk bekalan elektrik, air, pencahayaan, pelindung matahari, papan tanda dan sebuah stor kontena untuk penjaja menyimpan barangan mereka," katanya.

    Lo menjelaskan, tuduhan tidak berasas dilemparkan Aziz mempamerkan ketidakmampuan politik dan kelakukan kurang matang daripada seorang individu yang mengimpikan menjadi seorang pemimpin.

    "Sifat bertanggungjawab bukan hanya dilihat melalui kelakukan kita tetapi melalui adab bahasa dan kata-kata kita. Adalah lebih sopan sekiranya Aziz berbincang terlebih dahulu dengan ketua kampung agar dia sendiri dapat memahami situasi kedua-dua belah pihak tersebut sama-sama berbincang bukannya mewujudkan sentimen kebencian dan permusuhan di kalangan penjaja," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Aziz DAP Jangan Biadap - Lo Khere Chiang "