• Aziz DAP Cuba Nak Jadi Hero NCR

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+
    Kalau sudah tidak ada modal untuk menegakkan politik DAP, maka apa-apa isu pun diketengahkan oleh Pegawai Khas DAP Sarawak Abdul Aziz Isa. Isu PETROS Aziz mendapat malu besar apabila menuduh tiada Dayak dalam ahli lembaga pengarah walhal Datuk Mohammad Medan Abdullah memang jelas dari kaum Dayak.

    Ternyata Aziz terperangkap dalam kenyataan sendiri tanpa merujuk perkara sebenar terlebih dahulu. Asalkan DAP Sarawak ada isu untuk mengelirukan rakyat.

    Melalui status Facebook terkini, Aziz cuba berlagak hero memperjuangkan NCR pula. Mendakwa kenapa PBB tidak mengikhtiraf Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang menjadi isu hangat dikalangan Dayak ketika ini.

    Adakah Aziz tidak peka terhadap apa yang berlaku. Kerajaan pusat mengeluarkan peruntukkan yang besar agar tanah NCR di Sarawak disukat primeter supaya pemilik memiliki surat tanah yang sah tanpa perlu mengeluarkan kos menyukat.

    Sudah ratusan ribu hektar disukat dan menerima surat hak milik sah. Kerajaan Sarawak sendiri sudah mewujudkan komiti bagi membincangkan penyelesaian pemakai meoa dan pulau galau secara baik. Malah komiti tersebut terdiri daripada pemimpin Dayak sendiri yang diketuai oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Di mana asasnya PBB atau Barisan Nasional Sarawak tidak mengiktiraf NCR di Sarawak sedangkan berbagai penerangan dan butir mengenai isu tersebut diterangkan kepada rakyat.

    Jelaslah Aziz tidak mengikuti perkembangan sebenar dan hanya mencetuskan propaganda untuk mempopularkan DAP Sarawak. Aziz pada hakikatnya nak jadi hero tetapi hero yang tidak bertempat. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Aziz DAP Cuba Nak Jadi Hero NCR "