• Aziz DAP Calon Berpotensi Parlimen Stampin

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Kerusi parlimen Stampin bakal menyaksikan kehadiran muka baharu berikutan keputusan penyandangnya Julian Tan akan berundur dari politik untuk menumpukan kerjaya dalam bidang Sains dan Teknologi.

    Julian Tan Kok Ping memenangi Parlimen Stampin mengatasi Barisan Nasional (BN) dan STAR pada PRU-13 dengan majoriti 18,670. Stampin merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri; Batu Kawa, Batu Kitang dan Kota Sentosa.

    Pengunduran Tan menimbulkan spekulasi tentang siapakah bakal calon paling berpotensi, tentu sekali rakyat di kawasan Stampin mahukan pemimpin yang lantang memperjuangkan denyut nadi rakyat, bukan sahaja vokal di media sosial tapi juga di lapangan.

    Justeru Pembantu Khas kepada pemimpin kanan DAP Sarawak Abdul Aziz Isa dilihat sangat menepati sentimen rakyat di kawasan itu, yang kini merupakan kubu kuat DAP.

    Aziz tidak hanya mampu bersorak di Facebook tetapi juga gempar di lapangan.

    Beliau yang berketurunan Melayu – Dayak turut bersesuaian dengan harapan DAP yang mahu menampilkan kepimpinan pelbagai kaum, serta tidak mahu dilihat condong kepada satu kaum sahaja.

    Malah sejak akhir-akhir ini, nama Aziz juga semakin laris susulan beberapa isu penting yang diperjuangkannya menarik minat kaum utama Sarawak seperti Dayak dan Cina.

    Kerusi Stampin bukanlah sukar untuk dimenangi DAP, apatahlagi dengan meletakkan Aziz sebagai calon parlimen.

    Kini keputusannya ditangan pemimpin DAP, samada mahu mengangkat Aziz sebagai pemimpin atau menjadikannya sekadar ‘tukang sorak’ untuk parti itu. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Aziz DAP Calon Berpotensi Parlimen Stampin "