• Azab Cincin Gigit Jari

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    AMPANG: Seorang lelaki terpaksa menahan azab lebih 20 minit apabila cincin yang disarungkan di jari manis tangan kirinya gagal ditanggalkan.

    Susulan mangsa berusia 23 tahun terpaksa meminta bantuan dari pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa hadir ke balai polis untuk meminta bantuan anggota bomba memotong cincin di jarinya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

    Jurucakap BBP Ampang berkata, pihaknya didatangi seorang lelaki dalam keadaan kesakitan akibat pemakaian cincin yang tidak bersesuaian.

    “Mangsa datang bersama rakannya dan meminta anggota kami memotong cincin di jari mangsa.

    “Jari mangsa didapati mulai membengkak akibat saluran darah tersekat,” katanya.

    Menurutnya, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas serta mengambil masa 20 minit untuk memotong cincin di jari mangsa,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Azab Cincin Gigit Jari "