• AS Gesa Badan Dunia Hukum Tentera Myanmar

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menggesa badan dunia mengambil tindakan ke atas tentera Myanmar susulan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

    Duta AS Nikki Haley ketika berucap pada Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pertumpahan darah yang berlaku di Myanmar adalah sesuatu yang memalukan kerajaan Aung San Suu Kyi.

    "Kita tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa Myanmar berhubung tindakan mereka tidak ubah seperti kempen keganasan dan berterusan melakukan pembersihan etnik minoriti.

    "Pemimpin kanan Myanmar seharusnya berasa malu kerana sekian lama berjuang untuk menjadikan Myanmar sebuah negara terbuka dan demokratik," kata Haley.

    Katanya, sudah tiba masanya tindakan diambil kerana waktu untuk tindakan diplomatik sudah berakhir.

    Sekarang adalah masanya untuk mempertimbangkan tindakan terhadap tentera Myanmar yang terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dan menanam kebencian di kalangan rakyat mereka.

    Sejak 25 Ogos lalu, hampir setengah juta etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke negara jiran, Bangladesh sebaik saja tentera memulakan kempen keganasan.

    - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " AS Gesa Badan Dunia Hukum Tentera Myanmar "