• APMM Tahan Lima Nelayan Vietnam Di Perairan Miri

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+
    MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima nelayan Vietnam berusia antara 19 dan 62 tahun kerana menceroboh perairan negara dalam Operasi Permai pukul 6.05 petang semalam.

    Pengarah Maritim Daerah Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata kelima-lima nelayan tersebut ditangkap di dalam bot nelayan yang menggunakan pendaftaran VIVI 1/QMY8892K yang berada dalam kedudukan 20 batu nautika dari sungai Miri.

    "Bot nelayan itu tidak memiliki dokumen pelayaran sah dan belayar melebihi had pelayaran iaitu dari Bintulu ke Long Xuyen (Vietnam)," katanya dalam satu kenyataan.

    Fauzi berkata ikan seberat 2,000 kg bernilai RM20,000 serta 315 ekor ikan yu yang masih hidup turut dirampas dalam bot nelayan tersebut.

    "Bot nelayan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960 dan telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu di sini untuk siasatan lanjut," katanya. -- BERNAMA
  • No Comment to " APMM Tahan Lima Nelayan Vietnam Di Perairan Miri "