• ‘Apa Guna Mohon Maaf, Tampar Saja Muka Guru itu’

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    Seorang guru lelaki di China mendapat kecaman teruk dan digesa pergi membuat permohonan maaf secara peribadi ke rumah setiap pelajarnya selepas bertindak menampar pelajar-pelajar terbabit pada hari pertama persekolahan.

    Dalam kejadian di Hefei wilayah Anhui pada 1 September lalu, guru itu dirakam menampar muka pelajar-pelajarnya di depan bilik darjah kerana marah dengan kesalahan yang dilakukan mereka.

    Memetik laporan Shanghaiist, pada hari permulaan sekolah selepas cuti musim panas, guru itu mengarahkan para pelajarnya menulis puisi klasik yang dihafal dan sebagai hukuman, mereka ditampar di bahagian muka bagi setiap kesalahan.

    Video yang tersebar di laman sosial Weibo pada 4 September lalu memaparkan seorang pelajar sekurang-kurangnya ditampar lebih dua kali, dengan kuat oleh guru lelaki itu di depan bilik darjah.

    Laporan awal yang disiarkan media tempatan menyatakan guru itu menampar sekurang-kurangnya 20 pelajar, tetapi jumlah itu meningkat kepada 38 orang pelajar.

    Seorang guru di sekolah terbabit berkata, guru lelaki itu mengambil tugasnya dan keputusan ujian para pelajar sebagai “terlalu serius” sehingga terjadinya hukuman yang keras.

    Insiden ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna Weibo, yang rata-rata mempersoalkan tahap profesionalisme guru itu, sementara yang lain menggesa dia dipecat.

    "Apa gunanya meminta maaf? Mereka (pelajar-pelajar terbabit) sepatutnya menamparnya," tulis seorang pengguna Weibo.

    “Sebagai seorang guru, dia seharusnya memupuk dirinya sebelum mendidik orang lain,” tambah seorang lagi.

    Menurut Beijing News, guru itu telah digantung dari jawatannya. - MalaysianDigest



    Subjects:

  • No Comment to " ‘Apa Guna Mohon Maaf, Tampar Saja Muka Guru itu’ "