• Anwar Pernah Cakap Mereka Yang Bagi Kebenaran, Pelik Bila Cakap Tak Tahu.

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    Pelik sungguh, selama ini Mahathir yang selalu marah orang bila cuai dan tidak cekap. Macam mana boleh cakap "tidak tahu" bila hilang RM32 billion duit dari Bank Negara.

    Ini satu kecuaian yang amat besar. Bertentangan sekali dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang dulunya dilancar zaman Mahathir.

    "Tidak ada masalah Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan kerana pada masa itu dia minta penjelasan sebab memang ada kerugian yang dinafikan pada masa itu.

    "Oleh sebab itu saya selaku Menteri Kewangan mengesahkan adanya dan mengarahkan dihentikan serta-merta.

    "Allahyarham Tan Sri Jafaar (Gabenor Bank Negara) menjelaskan bahawa Tan Sri Nor Yakcop melakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu dengan persetujuan Perdana Menteri. Tanya mereka. Ya''. Mungkin ada yang tertanya-tanya dialog apakah ini?

    Ini sebenarnya jawapan Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pada 24 September 2012. Ketika ini beliau adalah Ketua Pembangkang dan beliau memberikan jawapan ini selepas ditanya mengenai kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia akibat urus niaga matawang asing (forex) pada awal 1990-an.

    Pada masa itu, Anwar diasak oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin bahawa sebagai Menteri Kewangan pada masa kerugian tersebut berlaku, beliau sepatutnya meletak jawatan.

    Namun Anwar mendedahkan bahawa Menteri Kewangan sebelum itu, iaitu Tun Daim Zainuddin serta Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri telah memberikan kebenaran untuk urus niaga Forex dilakukan.

    Jadi apabila Daim dan Mahathir menjawab `tidak tahu' pada kebanyakan soalan yang diajukan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kerugian BNM yang berjumlah lebih RM30 bilion, maka ia adalah sesuatu yang pelik.

    Lebih pelik Daim ulang cakap perkataan tidak tahu itu sampai 15 kali. Memang nampak sangat strategi pelepas diri dengan cakap tidak tahu itu.

    Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Anwar itu terkandung dalam penyata rasmi Parlimen bagi penggal kelima, mesyuarat ketiga tahun 2012.

    Daim merupakan menteri kewangan dari tahun 1984 hingga 1991. Ketika memberikan keterangan depan panel RCI, beliau memberitahu bahawa Bank Negara aktif dalam perdagangan forex pada tahun 1988 tetapi beliau tidak menyedarinya pada masa itu.

    Sementara Mahathir pula ketika memberikan keterangan memberitahu beliau tidak mengetahui jumlah kerugian sebenar yang dialami Bank Negara akibat urus niaga forex itu.

    Ia merupakan situasi yang sangat pelik hinggakan Mahathir dilabelkan oleh netizen sebagai "MR Tidak Tahu". Jarang sangat-sangat Mahathir tidak tahu. Benda dalam bilik orang lain, tahu pula dia.

    Menariknya, soalan mengenai kerugian forex itu telah dibangkitkan oleh Lim Guan Eng ketika itu yang mahu tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kerugian berkenaan. Ketika itu kerugian dianggarkan sebanyak RM5.7 bilion, tetapi jumlah sebenar lebih besar daripada nilai berkenaan.

    "Mengapakah pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab – kerana George Soros dicaci sebagai penyangak yang menjejaskan pasaran pertukaran wang asing. Akan tetapi adakah pihak kerajaan sedar bahawa masa itu Bank Negara juga melibatkan diri dalam kegiatan yang sama iaitu memperjudikan wangnegara dalam pasaran pertukaran mata wang asing?,'' demikian soal Guan Eng.

    Tetapi jika anda perasan, pada sesi RCI diadakan di mana pada hari Mahathir menjadi saksi, tiada pemimpin Pakatan Harapan yang hadir memberikan sokongan kecuali presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Muka pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, yang sebelum ini begitu lantang dengan isu kerugian BNM ini hingga menulis buku mengenainya juga tidak nampak muka. Adakah Mahathir keseorangan dalam isu ini? Sendiri mau ingatlah.

    Kit Siang dulu ada tulis hilang sampai RM30 billion dalam bukunya. Kalau Kit Siang pun cakap tidak tahu juga selepas ini, nampak sangatlah pembohongannya.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB585, Rabu
    20 September 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Anwar Pernah Cakap Mereka Yang Bagi Kebenaran, Pelik Bila Cakap Tak Tahu. "