• Anwar Dikejarkan Ke HKL Akibat Tekanan Darah

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira jam 2 petang Selasa.

    Menurut kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tokoh pembangkang itu dimasukkkan ke HKL akibat masalah tekanan darah kurang stabil namun beliau kini dalam pemantauan pihak doktor.

    Anwar, 70, yang kini dihukum penjara di Sungai Buloh dekat sini kerana kesalahan liwat bekas pembantunya, turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau sendiri.

    Ini bukan kali pertama Anwar dimasukkan ke HKL. Minggu lalu beliau memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia.

    Meskipun tidak berapa sihat, Anwar dilaporkan menggesa semua pihak untuk terus berusaha membawa perubahan tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut apakah bentuk perubahan yang dimaksudkan beliau itu.

    Beliau dalam kenyataan itu turut mengingatkan pimpinan PKR dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu dihadapi rakyat, termasuk salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian.

    Pakatan Harapan merupakan blok pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat dibubarkan yang disertai DAP, PKR selain serpihan UMNO iaitu PPBM dan serpihan PAS iaitu PAN. – Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • 1 comment to ''Anwar Dikejarkan Ke HKL Akibat Tekanan Darah"

    ADD COMMENT
    1. Apalah mengarutnya si Anwar ni,salah urus ekonomi berlaku di zaman beliau bukan sekarang.BNM lesap RM32 billion ,PM tak kesah ,TPM blure,Menteri Kewangan buatnsilap mata sebagai bayaran tertangguh ,rugi atas kertasa ,rugi RM5.7 billion saja.Sipa penyangak BNM -Ktui diam ,dan al Jub.

      ReplyDelete