• Angkara Fitnah, Perkahwinan Wanita Ini Dibatalkan

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    Semua orang dalam dunia ini berhak bahagia, tidak kira walaupun statusnya sebagai anak yatim, anak angkat mahupun ibu tunggal.

    Baru-baru ini seorang ibu tunggal telah menjadi mangsa dunia siber apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat cerita buruk mengenainya di laman sosial.

    Lebih malang lagi, akibat perbuatan khianat itu, perkahwinan wanita yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini terpaksa dibatalkan. Ini semua gara-gara fitnah yang ditaburkan keatasnya.

    Ada pihak yang mendakwa wanita ini ‘mengiklankan’ dirinya di media sosial untuk mencari seorang pasangan hidup yang boleh menerimanya serta anak-anaknya.

    Beberapa hari lalu, gambarnya bersama dua orang anak tular di media sosial dengan caption yang mengaibkan.

    “Mencari pasangan hidup yang betul-betul ikhlas dan boleh terima anak-anak….call 0139208208,” tulis pihak yang tidak bertanggungjawab itu di laman Facebook.

    Menurutnya, nombor telefon yang tertera di caption itu bukan nombornya, sebaliknya milik seorang lelaki.

    Tambahnya lagi, semua orang yang mengenali keluarga lelaki tersebut mengatakan lelaki yang bakal dikahwininya itu menjadi pak sanggup kepada dirinya.

    Akibat malu, keluarga lelaki berkenaan berkeras untuk membatalkan perkahwinan ini. Tambahan pula, keluarga lelaki tersebut dikenali ramai.

    Apabila ditanya adakah dia mengetahui siapa yang menularkan gambar tersebut dengan caption yang tidak sepatutnya. Wanita ini menafikan dan hanya mendapat tahu gambarnya itu menjadi perhatian di laman sosial daripada rakan-rakannya.

    “Saya tidak tahu. Tapi selepas kami umumkan akan berkahwin pada keesokan harinya, saya dapat banyak info daripada kawan-kawan bahawa gambar saya telah tular dengan caption yang mengaibkan,” katanya kepada MyNewshub.

    Walau bagaimanapun, wanita ini telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Angkara Fitnah, Perkahwinan Wanita Ini Dibatalkan "