• Anak Duterte Nafi Terbabit Seludup Dadah

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    MANILA: Anak lelaki Presiden Rodrigo Duterte semalam menafikan mempunyai kaitan dengan rampasan dadah berjumlah AS$125 juta (RM526 juta) yang cuba diseludup masuk dari China.

    Dalam satu siasatan Senat semalam, Paolo Duterte menegaskan bahawa tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas.

    Penentang Rodrigo sebelum ini menuduh Paolo mungkin membantu kemasukan dadah itu yang dirampas di sebuah pelabuhan di Manila.

    Rodrigo pada Selasa lalu berkata, dia meminta Paolo hadir ke siasatan Senat itu sekiranya dia tidak bersalah dan tiada apa yang mahu dirahsiakan.

    Namun, dia menasihatkan Paolo untuk tidak menjawab soalan dan menegaskan haknya untuk berdiam diri.

    “Saya tidak boleh menjawab soalan yang berdasarkan khabar angin semata-mata.

    “Kehadiran saya di sini adalah demi rakyat Filipina dan penduduk Davao,” kata Paolo yang juga Naib Datuk Bandar Davao.

    Rodrigo adalah datuk bandar Davao sebelum dia memenangi pilihan raya presiden dan jawatan itu diganti anak perempuannya, Sara Duterte-Carpio.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Duterte Nafi Terbabit Seludup Dadah "