• Amyra, Amar bakal dapat anak lelaki

    Published: Saturday, 9 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti popular, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal bergelar ibu bapa kepada seorang anak lelaki yang dijangka lahir pada hujung Oktober depan.

    Perkara itu diumumkan pasangan suami isteri tersebut pada majlis sempena menyambut hari kelahiran bayi pertama di Happykiddo, pusat beli-belah Quil City Mall di sini sebentar tadi.

    "Saya sekarang hamil 33 minggu dan sangat teruja untuk bergelar ibu. Insya-Allah saya akan melahirkan seorang anak lelaki hujung Oktober depan," ujar Amyra.

    Dalam pada itu, Amar, 32, berkata, dia amat teruja menantikan saat melahirkan anak pertama yang hanya berbaki lebih kurang sebulan sahaja lagi.

    "Saya banyak berkongsi pengalaman Amyra ketika hamil di Instagram. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

    "Sewaktu hamil, dia tidak banyak meragam dan senang untuk dijaga. Dia juga tidak mengidam yang bukan-bukan," kata Amar.

    Pasangan ini berkahwin pada 11 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Amyra, Amar bakal dapat anak lelaki "