• Akibat Kereta Tak Beri Laluan Kepada Ambulans, Penunggang Motosikal Dirempuh

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    Seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera selepas dirempuh sebuah ambulans yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam, hari ini.

    Kemalangan 8.33 pagi itu dipercayai berlaku apabila pemandu ambulans dalam perjalanan mengambil seorang pesakit di sebuah rumah dan dia meneruskan pemanduan ketika lampu isyarat merah.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pada masa sama seorang pemandu kereta tidak memberikan laluan kepada ambulans hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan terbabit.

    "Rempuhan itu mengakibatkan pemandu ambulans terbabas dan melanggar penunggang motosikal yang berhenti di lampu isyarat di laluan bertentangan.

    "Seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera manakala pemandu kereta serta pemandu ambulans tidak cedera," katanya.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 17 LN 167/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Akibat Kereta Tak Beri Laluan Kepada Ambulans, Penunggang Motosikal Dirempuh "