• Akhirnya Malaysia Berjaya Beli Amerika?

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+
    Rentetan peristiwa pelaburan China di Malaysia yang mencecah ratusan bilion ringgit, pembangkang bermain politik mencipta persepsi yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjual Malaysia kepada China.

    Ramai penyokong pembangkang menularkan isu tersebut untuk mempengaruhi minda rakyat dan bagi yang rapuh pemikiran akan mudah terpengaruh.

    Namun sehingga kini China belum lagi dapat memiliki Malaysia sekiranya negara ini sudah dijual. Hanya pelaburan sahaja nampak di Malaysia yang melihat anak Malaysia mula mendapat pekerjaan melalui pelaburan tersebut.

    Ironinya, hari ini Najib berjaya berjumpa Presiden Amerika Donald Trump dan membawa Malaysia sebagai pelabur di Amerika. Dianggarkan sejumlah RM100 bilion dilabur di Amerika.

    Jika mengikut teori pembangkang, Najib sebenarnya berjaya membeli Amerika dan apa-apa pun pelaburan tersebut rakyat tidak perlu risau kerana teori pembangkang Malaysia membeli Amerika sudah tercapai. Jadi, pihak pembangkang tidak perlu risau kerana negara Amerika sudah menjadi milik Malaysia.

    Persoalannya kini, adakah pembangkang bersetuju yang Malaysia satu-satunya negara kecil membeli Amerika menewaskan negara besar di barat ?. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Akhirnya Malaysia Berjaya Beli Amerika? "