• AirAsia Terima Anugerah Perniagaan ASEAN 2017

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd memenangi Anugerah Perniagaan ASEAN (ABA) 2017 bagi Sektor Integrasi Utama Pelancongan, atas prestasi cemerlangnya dalam sektor integrasi utama di rantau ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata integrasi ASEAN membabitkan orang ramai serta dasar.

    “Ia bukan sekadar mengenai masyarakat atas kertas. Ini mengenai pengalaman sendiri bagaimana orang lain hidup, mewujudkan pekerjaan baharu dalam bidang perngembaraan dan pelancongan serta menjalin rantaian bekalan baharu dengan menghubungkan tempat yang tidak pernah disambungkan,” katanya. Beliau berkata perjalanan udara membolehkannya, dan tahun lepas AirAsia membawa 13.4 juta orang di rantau ASEAN. "Kami berbangga dapat memain peranan untuk merapatkan rantau," katanya

    ABA diwujudkan oleh BAC ASEAN pada 2007 sebagai pengiktirafan ke atas perusahaan ASEAN yang cemerlang, berperanan sebagai platform untuk menyebarkan maklumat mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN, dan menonjolkan perusahaan kecil dan sederhana yang berpotensi menjadi penggiat ekonomi global dalam industri masing-masing.

    Selain pelancongan, anugerah sektor integrasi utama juga diberikan atas pencapaian dalam 11 sektor lain iaitu perikanan, elektronik, e-ASEAN/ICT, tekstil, logistik, sektor berasaskan kayu, getah, makanan pertanian, penjagaan kesihatan, automotif dan runcit.

    Pada 10.55 pagi, saham AirAsia meningkat dua sen kepada RM3.42 dengan 3.36 juta saham diurus niaga.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Terima Anugerah Perniagaan ASEAN 2017 "