• Ahli Perniagaan Disyaki Rogol Remaja 13 Tahun

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    Ahli perniagaan lelaki ditahan polis apabila dipercayai terbabit dalam kes rogol remaja perempuan berusia 13 tahun di hotel di Miri hari ini.

    Suspek berusia 84 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri, 6 pagi tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 8.42 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ibu mangsa membuat laporan polis apabila curiga dengan anaknya yang keluar dari rumah dan menginap di hotel pada 10 September lalu.

    Menurutnya, mangsa pada mulanya mendakwa menginap di hotel itu bersama rakan sebayanya.

    "Bagaimanapun ibu mangsa curiga lalu mendesak mangsa mengakibatkan mangsa mendedahkan menginap bersama suspek," katanya.

    Katanya, khuatir anaknya menjadi mangsa rogol, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu.

    "Mangsa juga sudah dirujuk ke Hospital Miri bagi pemeriksaan lanjut," katanya.-myMetro
  • No Comment to " Ahli Perniagaan Disyaki Rogol Remaja 13 Tahun "