• AdaSky Perkenal Kereta Pandu Sendiri

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    SAN FRANCISCO: Seorang rakyat Israel mendakwa mampu menyelesaikan masalah rumit kereta pandu sendiri dengan memperkenalkan kamera haba.

    Kamera itu adalah teknologi terkini yang diuji dan dikatakan mampu mengesan haba pejalan kaki, haiwan dan sebarang objek.

    Ketua Pegawai Teknologi Syarikat AdaSky, Eyal Madar, berkata pihaknya sudah membangunkan kamera jarak jauh inframerah haba (FIR) yang berfungsi dengan menggunakan algoritma penglihatan komputer yang dikatakan mampu mengesan manusia atau objek di atas jalan raya.

    "Teknologi AdaSky boleh menentukan sama ada objek adalah pejalan kaki pada jarak 200 meter dan pada jarak lebih jauh ia mampu mengesan kereta.

    "Kamera ini direka untuk membantu dalam apa yang dikenali sebagai 'kes pilihan' dalam pemanduan autonomi, ketika lain-lain alat pengesan mungkin gagal berbuat demikian," katanya.

    Beliau berkata, kamera haba adalah teknologi baharu yang mula-mula dibangunkan untuk kegunaan tentera.

    AdaSky memberi tumpuan sepenuhnya kepada aplikasi untuk kenderaan autonomi, tidak seperti pesaingnya, sistem Inframerah Radiometer Pandang Depan (FLIR) yang bersifat lebih fokus.

    "Satu prototaip memandu penuh sistem AdaSky akan siap dalam tempoh setahun, dengan pengeluaran besar-besaran akan mampu dilakukan dua hingga tiga tahun lagi," katanya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " AdaSky Perkenal Kereta Pandu Sendiri "