• Abang Jo dan Najib Mahu Pembangunan Sarawak-Semenanjung Setaraf

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+
    Sebagai Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berperanaan mencorak lanskap pembangunan secara menyeluruh di negeri ini yang mempunyai pelbagai lapisan kaum dan agama. Perancangan pembangunan negeri sentiasa dititik berat agar rakyat mendapat manfaat menyeluruh.

    Untuk merealisasikan pembangunan tersebut, kerjasama dan sokongan penuh rakyat seharusnya diterjemah menjadi pendorong utama agar ia terlaksana secara menyeluruh. Ini kerana hanya kesepakatan dan hubungan erat kerajaan dan rakyat mampu merubah pembangunan negeri setaraf dengan Semenanjung.

    Seperti yang dinyatakan oleh Abg Jo, Malaysia boleh menjadi negara yang lebih kuat seandainya rakyat di Sarawak berdiri sama tinggi dengan rakyat Semenanjung yang terpisah oleh Laut China Selatan dan rasa tidak puas hati hanya akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

    Menurut Abg Jo lagi, memeng tidak dapat dinafikan pembangunan Sarawak masih jauh ketinggalan tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyedari aspirasi rakyat Sarawak harus di bangunkan terutama pembangunan dari segi jalan penghubung yang baik di negeri ini seperti Lebuh Raya Pan Borneo.

    Dengan ertikata sebenar, semua lapisan rakyat seluruh Malaysia seharusnya mengabaikan agenda perpecahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu melihat hubungan rakyat Sarawak dan Semenanjung bercelaru. Oleh yang demikian, segala usaha untuk menyelaras pembangunan Sarawak supaya setaraf dengan Semenanjung akan terjejas dan akhirnya Sarawak akan terus ketinggalan.

    Jalinan kerjasama yang baik antara negeri dan pusat mampu melaksanakan dasar pembangunan Sarawak pada masa hadapan tanpa rakyat perlu terpengaruh agenda memecah belah rakyat. Abg Jo dan Najib terus berusaha membangunkan Sarawak agar pembangunan rakyat Sarawak sama taraf dengan Semenanjung.

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo dan Najib Mahu Pembangunan Sarawak-Semenanjung Setaraf "