• 95 peratus proses pengecaman DNA selesai

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR:  Kira-kira 95 peratus usaha mengenal pasti mangsa menerusi proses pengecaman dan keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berjalan lancar dan dijangka selesai pukul 3 petang.

    Menurut sumber kakitangan Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, sejumlah 86 sampel terbabit dalam keseluruhan proses analisis DNA.

    Katanya, pihaknya bertungkus lumus dari pukul 6 petang semalam selepas sampel mangsa dan keluarga tiba di makmal Kimia Malaysia, di sini, semalam.

    "Sampel dianalisis untuk pengesahan identiti dengan membandingkan DNA mangsa dengan ahli keluarga.

    "Malah sampel berupa serpihan tulang milik mangsa dipadankan dengan sampel darah diberi oleh keluarga," ujarnya.

    Manakala sumber IPFN memberitahu, mangsa dijangka akan dibawa keluar dari IPFN akan disolatkan di Madrasah Islamiah Kuala Lumpur selepas solat jumaat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan mengikut permintaan keluarga.

    Sementara itu, tujuh mangsa kebakaran yang cedera telah dipindahkan dari wad kecemasan.-UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " 95 peratus proses pengecaman DNA selesai "