• 8 Perkara Tentang Orang Rohingya Di Malaysia Yang Kita Perlu Tahu

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    Isu pelarian Rohingya yang membanjiri memasuki ke dalam negara kita bukanlah suatu perkara yang baru. Malah mereka juga dikatan sudah berjaya ‘bertapak’ di kawasan-kawasan hot spot seperti di sekitar kawasan Pasar Borang Selayang sehingga mendatangkan ketidak senangan di kalangan penduduk tempatan.

    Berikutan kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan yang diadakan pada 30 Ogos baru-baru sehingga mendapat kecaman dan kritikan daripada netizen tempatan, seorang wanita yang merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya hari ini telah tampil memberikan penjelasan bagi membetulkan persepsi masyakatan tempatan kepada isu pelarian Rohingya ini.


    1. Tentang mentaliti dan pendidikan orang Rohingya

    Rendahnya mentaliti mereka adalah kerana kerajaan Malaysia tidak menandatangani Refugee Convention 1951, yakni di Malaysia, di bawah saluran undang-undang, mereka tidak dianggap sebagai pelarian, sebaliknya dianggap sebagai pendatang tanpa izin.

    Maka dengan itu, daripada segi undang-undang, mereka ini tidak dibenarkan untuk mencari pekerjaan, bersekolah atau pun bergerak bebas ke mana-mana. Sudah tentulah perkara itu mustahil untuk dilaksanakan kerana semua orang pun perlu makan. Oleh itu mereka ini tidak bersekolah dan tiada cara untuk mereka memajukan diri sendiri.


    2. Aspek kesihatan

    Begitu jugalah dengan aspek kesihatan, mereka harus membayar harga bukan warganegara ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Contohnya, untuk pemeriksaan biasa dengan x-ray, sekurang-kurangnya RM400 diperlukan. Jika masuk wad, RM2,000 untuk bayaran pendaftaran dan RM7,000 untuk kes-kes kelahiran. Macam mana mahu bayar sekiranya tidak boleh bekerja?


    3. Masalah di Pasar Borong Selayang



    Untuk pengetahuan semua, yang berada di Pasar Borong Selayang itu membabitkan etnik-etnik Myanmar yang lain. Di Myanmar, terdapat 136 buah etnik dan lain-lain pecahan etnik yang tidak diiktiraf oleh kerajaan di sana termasuklah Rohingya.

    Etnik yang beragama Islam ada tiga sahaja, Kaman, Rohingya, Burmese Muslim, Malay dan beberapa pecahan etnik yang lain. Setahu saya, yang membuat onar di Pasar Borong Selayang bukanlah orang Rohingya, sebaliknya orang Kaman dan Burmese Muslim.


    4. Tujuan demo 30 Ogos 2017

    Demo yang diadakan bukanlah untuk menekan kerajaan Malaysia untuk membawa masuk lebih ramai orang Rohingya ke dalam Malaysia, sebaliknya untuk menghantar bantahan kepada kedutaan Myanmar di sini bagi menghentikan pembantaian kepada masyarakat Rohingya di sana.

    Saya telah bekerjasama dengan ramai aktivis Rohingya dan apa yang boleh saya katakan adalah orang Rohingya tidak pernah menekan kerajaan untuk berbuat sesuatu. Di dalam Malaysia, terdapat 150,000 orang warganegara Myanmar dan daripada jumlah ini, terdapat 50,000 orang Rohingya.

    Apa yang mereka pohon daripada kerajaan Malaysia adalah kebenaran untuk bekerja kerana seringkali polis mengambil kesempatan atas status pendatang tanpa izin dan memeras wang daripada mereka yang sudah pun nazak miskin. Mereka ini bukanlah berstatus economic migrant tetapi sebaliknya pelarian yang lari dari pembantaian.


    5. Sejarah ringkas orang Rohingya

    Butir-butir sejarah yang ditularkan semalam oleh Cik Auni (BERTAJUK : Orang Rohingya ini jenis yang tidak sedar diuntung dan besar kepala) adalah salah dan bertentangan dengan sejarah.

    Mereka ini adalah warga Myanmar dari kerajaan Arakan. Raja Burma yang bernama Bodowpaya yang telah menawan Arakan. Mereka masih lagi rakyat Myanmar sehingga tahun 1982 sebelum dicabut kerakyatan mereka oleh junta Myanmar yang jahat.

    Pada tahun 1990, ketika NLD menang pilihanraya, terdapat seorang ahli parlimen Rohingya yang bernama Kyaw Min yang berbakti kepada rakyat. Sekiranya dia bukanlah merupakan seorang warganegara Myanmar, pastinya dia tidak boleh menjadi seorang wakil rakyat bukan?

    Malah pada tahun 1978 dan sekali lagi pada tahun 1990, kerajaan Bangladesh dan kerajaan Myanmar telah membuat kenyataan bersama di dalam sebuah perjanjian yang diusahakan oleh PBB untuk pelarian Rohingya di Bangladesh supaya kembali ke Rakhine dan kerajaan Myanmar pada ketika itu mengaku bahaya orang Rohingya adalah rakyat mereka.

    Kerajaan Myanmar bercita-cita untuk membuat purist state bererti – satu bangsa, satu agama dan satu negara. Bangsa Banar, agama Buddha. Maka di dalam 136 buah etnik itu, Rohingya adalah etnik yang paling gelap warna kulitnya. Maka dengan itu, mereka secara automatiknya disisihkan dan ditidakkan kerakyatan mereka. Ini sama macam apa yang orang Israel buat pada orang Palestin.

    Untuk pengetahuan, kerajaan tiada rancangan untuk memberikan kerakyatan kepada warga Rohingya. Tiada permintaan daripada mereka dan perkara ini telah pun kami bincangkan di peringkat OIC dan juga badan-badan kerajaan yang berkaitan.


    6. Tujuan aktivis

    Apa yang para aktivis Rohingya usahakan adalah untuk menghentioan pembantaian dan mengajurkan supaya kerajaan Myanmar mengambil kembali warganegara mereka.


    7. Perikemanusian

    Perikemanusian adalah masalah semua orang. Apa yang patut kita salahkan di sini adalah sikap kerajaan Myanmar yang tidak ubah seperti seorang algojo menerajui agenda purist state. Jika mereka adalah punca krisis, maka merekalah yang harus kita tegur bukannya dengan menyalahkan mangsa keadaan yang hanya boleh melarikan diri apabila diancam maut.


    8. Sikap orang Rohingya

    Saya tidak nafikan, orang Rohingya bukanlah malaikat. Sebagaimana manusia yang lain, ada yang baik, ada yang jahat. Namun adaah tidak baik untuk kita menganggap semua orang sama, hanya kerana segelintiri manusia yang berperangai tidak baik. Sama sebagaimana umat Islam marah dipanggil pengganas kerana ISIS.

    Apa yang diperlukan adalah memahami penderiaan mereka yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hidup mereka di Malaysia tiada bezanya dengan Myanmar, melainkan mereka terselamat daripada dibunuh.


    Kesimpulan

    Ia sama sekali bukan masalah survival sebaliknya ianya adalah isu politik dan isu ekonomi. Di tanah Arakan ada banyak hasil bumi seperti emas yang masih belum diteroka dan tanah-tanah yang boleh dibangunkan untuk tujuan perlancongan.

    Maka dengan itu, pada padangan saya secara peribadi, kerajaan Myanmar sebenarnya ingin mengelakkan daripada membayar pampasan jadi mereka menggunakan isu agama untuk menghalau orang Rohingya kelaur daripada tanah mereka sendiri. Sama seperti Israel.


    Sumber : Tengku Emma Zuriana

    Subjects:

  • No Comment to " 8 Perkara Tentang Orang Rohingya Di Malaysia Yang Kita Perlu Tahu "