• 8 maut, Ribut Kencang Landa Bucharest

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    BUCHAREST: Lapan terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas Romania dilanda ribut kencang yang menerbangkan bumbung dan menumbangkan pokok semalam, kata pihak berkuasa dan saksi.

    Kelajuan ribut yang mencecah hampir 100 kilometer sejam itu membadai kawasan sekitar bandar barat Timisoara sebelum menuju utara ke arah Ukraine.

    Difahamkan kebanyakan mangsa berada di luar ketika angin melanda. Seorang lelaki dilaporkan dihempap pokok tumbang, seorang lagi ditimpa papan iklan dan dua kanak-kanak berada di hospital dalam keadaan kritikal.

    Kementerian Dalam Negeri melaporkan 67 orang cedera dalam ribut yang tidak dijangka itu.

    Pegawai agensi kaji cuaca kebangsaan Romania, Teodora Cumpanasu mengklasifikasikan ribut itu sebagai 'luar biasa kencang' dan 'tidak dijangka'. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 8 maut, Ribut Kencang Landa Bucharest "