• 7 Ditahan Terlibat Judi 'Online' Di Satok

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+


    KUCHING: Seramai tujuh individu ditahan dalam satu serbuan keatas sebuah pusat perjudian siber dan transaksi judi nombor ekor secara atas talian di sebuah rumah kedai di Jalan Satok dekat sini Sabtu lalu.

    Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 30 tahun termasuk seorang warganegara asing ditahan ketika sedang leka berjudi di premis berkenaan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, pihaknya pertama kali mengesan pusat mengutip wang pertaruhan bagi nombor ekor 4D secara atas talian (online) dan juga pembayaran tambah nilai bagi perjudian siber dan wang kemenangan juga secara online.

    Menurutnya, enam suspek kini direman selama dua hari manakala warga asing direman 14 hari di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

    Jelasnya, sebanyak lapan unit komputer dan 18 unit telefon bimbit yang digunakan untuk transaksi secara online juga turut dirampas.

    "Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pertaruhan 1953," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Dev juga turut memberitahu sepanjang minggu lepas pihak polis turut melakukan serbuan keatas 27 premis yang terlibat aktiviti perjudian dan menahan seramai 39 individu berusia dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun.-Sarawakiana
  • No Comment to " 7 Ditahan Terlibat Judi 'Online' Di Satok "