• 53 Suspek Militan Ditahan Di Karachi, Pakistan

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+


    ISLAMABAD – Seramai 53 suspek militan ditangkap dengan seorang suspek terbunuh selepas pihak berkuasa melancarkan operasi di beberapa kawasan di Karachi, Pakistan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

    Penguasa polis Karachi Adeel Chandio berkata, polis bersama pihak penguatkuasa undang-undang melancarkan serbuan selepas memperoleh maklumat risikan mengenai kegiatan militan di beberapa kawasan di negeri itu.

    Menurut polis, tiga suspek ditahan di Darakhshan, 50 di Layari dan seorang suspek terbunuh ketika berlaku pertempuran antara pihak berkuasa dengan militan di kawasan Chakiwara.

    Kesemua yang ditahan dipindahkan ke lokasi rahsia untuk siasatan.

    Serbuan bagi memerangi militan di Karachi dilancarkan susulan penangkapan ketua kumpulan pengganas Pakistan Ansar-ul-Sharia, minggu lepas. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 53 Suspek Militan Ditahan Di Karachi, Pakistan "